Friday, May 15, 2009

SESUCI CINTA (EPS 1)

Malam semalam setelah genap 2 minggu aku bermain emosi dengan membaca novel… (berjiwa sentimetal tau) hihihihi… J aku akhirnya berjaya menamatkan pembacaanku…


“Sesuci Cinta” tajuk novel yang baru ku baca… daripada 5 bintang aku bagi 4 bintang… yes.. tahniah kepada penulis novel ini iaitu Pn Aina Amer… sepanjang pembacaan aku.. aku bermain dengan dengan pelbagai emosi… penulis berjaya membawa aku bersama beliau.. menghayati cerita yang ditulis….

Ok… aku akan kongsi sedikit sebanyak cerita yang ku baca…


Plot cerita ini mengisahkan seorang gadis yang merantau ke luar Negara iaitu London, nama gadis ini ialah Nuraina..Nuraina merupakan serang gadis kampong. Beliau membawa diri ke London kerana terlalu kecewa kerana cinta. Semasa di kampong, beliau hanyalah seorang pelajar sekolah agama…. beliau mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Armand… sewaktu itu, armand belajar di Kanada.. Nuraina dan Armand berbeza umur.. mereka saling cinta mencintai… hubungan mereka berjalan dengan lancer dan bahagia…

Suatu hari, Nuraina didatangi seorang wanita yang tidak dikenali…. Wanita tersebut memberi amaran kepada Nuraina supaya menjauhi Armand… wanita tersebut menghina status Nuraina yang berasal daripada kampong dan tidak setaraf dengan Armand yang merupakan seorang anak kepada Tan Sri…. Wanita tersebut ialah ibu Armand…… Sedang Nuraina bersedih dengan kejadian itu, Nuraina menerima berita sedid dari kampung…….. Opah beliau meninggal.. Nuraina pulang ke kampung dan cuba melupakan Armand… terlalu perit untuk Nuraina menerima kehilangan Armand…

Selepas tamat persekolahan Nuraina bertekad untuk menceburi bidang perekaan… akhirnya beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke London …. Setelah tamat pengajian.. beliau meneruskan kariernya disana sebagai pereka fesyen… menariknya beliau masih mengekalkan gaya muslimah…

Dalam usaha Nuraina melupakan kekasihnya, dia makin teringat kekasih lamanya Armand…setelah 4 tahun memabawa diri… Nuraina berkenalan dengan seorang jejaka berkerunan Parsi… Berzad namanya…

Setelah sekian lama tanpa teman akhirnya kehidupan Nuraina ditemani seorang lelaki yang sangat menyayangi beliau… masalahnya sekarang.. ingatan Nuraina kepada kekasihnya makin kuat… lambaian Istana Alhambra di Andalusia….semkin kuat mengingatkan Nuraina kepada kekasihnya… Nuraina keliru dengan hubungannya dengan Berzad…dia bertekad ingin bercuti.. akhirnya Andalusia menjadi lokasi percutiannya…

Disana Nuraina ditemani adik angkatnye Lula… sedang mereka berdua berjalan sekitar istana Alhambra… Nuraina terpandang seorang jejaka yang dikenali… namun beliau cuba menafikan apa yag di lihat… kuasa tuhan… jejaka yang di lihat bukan ilusi… Armand berada didepan mata… sangat itu.. tuhan saja yang tahu betapa gembira bercampur takut… Nuraina akhirnya di pertemukan dengan kekasih lamanya… ARMAND

No comments:

Post a Comment